Wednesday, March 20, 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang..

Tenangkan lah aku setenang yang mungkin.. aku kerap kali hilang dari berpijak pada bumi..
Aku tak mahu fikir tapi bermain juga benda tu dekat otak yang agak lemah ni.. aku ingin jadi seperti yang dulu ya Allah.. ingin sekali..

Sunday, March 10, 2013

Rapuh..

Menanges seperti dia tahu kau menanges kerana dia
Menanges seperti kau tahu tangesan itu berbalas dengan bahagia
Salah..... Dan noktah itu bertindik tegas

Muka mengadap dinding
Mata berkaca keras mencalar pipi yang tidak perlu dibasahi
Bibir dikatup kemas menahan esak sebak
Otak menerawang ke awan gelap yang dicipta sendiri
Jiwa pula luluh luka kepada kebahagian tak terharap

Penat...
Baru sedar rapuh itu dekat
Jasad itu sudah berada pada jiwa yang berubah
Kuat itu hilang
Tawa itu luka

Akhirnya.. lutut bertemu lantai
Mata bertemu dinding
Jiwa bertemu rapuh..